Everything
Sekarang aku sedang cuti sem-break. Aku dah tamatkan first-trimester degree aku. Jika kau pinta aku ceritakan pengajaran yang aku belajar,hanya satu aku mampu tegaskan. "Tabah. Hidup mungkin susah bila realiti hentam kau." Orang cakap Tuhan ada. Ya, betul Tuhan ada. Tetapi sejauh mana kau percaya Tuhan ada? Sejauh mana kau bergantung pada Tuhan? Adakah di saat susah sahaja kau cari Dia? Orang akan persoalkan tindakan dan perkataan kita. Orang akan sentiasa mencari kecacatan dalam diri kita. Orang akan sentiasa menilai kita tanpa sebarang bukti. Orang akan sentiasa mencari bahan untuk dibual. Jadi, Kau fikir hidup ini senang? Kau fikir dunia ni indah dengan barang-barang yang kau dapat? Kau fikir penghijarahan itu sesuatu yang mudah? Kau fikir mati tu lambat lagi? Tanya diri sendiri, adakah Tuhan pandang aku lebih bagus dari Dia pandang orang lain? Kita sibuk mencari kelemahan orang untuk membanggakan diri. Adakah sekadar pujian dan penghormatan orang itu...