Coretan kekesalanku
Kali ini aku mengaku aku main main. Aku cuma serius masa final. Kali ini juga banyak mengajarku erti tawadhuk. Di mata orang kita mungkin dibanggakan & hebat t etapi di mata Allah Dia tahu aku lemah. Persepsi orang biasanya syaitan jadikan medan untuk dia terus meracun&menggolakkan hati kita yang lemah ini. Aku rasa cara ini Allah ingin sampaikan mesej Nya yang aku anggap berbunyi "Kembalilah liyana ke diri mu yang dahulu. Aku berimu kejayaan bukannya kekal selamanya. Ini semua nikmat dunia,jangan kau lupa diri. Kau harus bergerak denganKu untuk mencapai destinasi mu. Tawadhukkan dirimu" SubhanaAllah aku mengaku aku menyesal. Inilah rasanya apabila dikalahkan dengan diri sendiri. Aku redha sesungguhnya Allah tahu perjalanku yang terbaik. Astaghfirullah liyana, kau mungkin terlelap seketika & lupa kau berjaya dulu kerana siapa. Kau belum tersasar jauh tapi kau sudah tersasar sedikit. Sebelum kau ditelan arus hingga lemas , Dia menyambut kau semula. Inikah kasih sa...