Coretan kekesalanku
Kali ini aku mengaku aku main main. Aku cuma serius masa final.
Kali ini juga banyak mengajarku erti tawadhuk.
Di mata orang kita mungkin dibanggakan & hebat tetapi di mata Allah Dia tahu aku lemah.
Persepsi orang biasanya syaitan jadikan medan untuk dia terus meracun&menggolakkan hati kita yang lemah ini.
Aku rasa cara ini Allah ingin sampaikan mesej Nya yang aku anggap berbunyi
"Kembalilah liyana ke diri mu yang dahulu. Aku berimu kejayaan bukannya kekal selamanya. Ini semua nikmat dunia,jangan kau lupa diri. Kau harus bergerak denganKu untuk mencapai destinasi mu. Tawadhukkan dirimu"
SubhanaAllah aku mengaku aku menyesal. Inilah rasanya apabila dikalahkan dengan diri sendiri. Aku redha sesungguhnya Allah tahu perjalanku yang terbaik.
Astaghfirullah liyana, kau mungkin terlelap seketika & lupa kau berjaya dulu kerana siapa.
Kau belum tersasar jauh tapi kau sudah tersasar sedikit.
Sebelum kau ditelan arus hingga lemas , Dia menyambut kau semula.
Inikah kasih sayang Mu Ya Allah ? Aku berdosa. Aku tidak layak hidup di atas bumiMu ini tetapi aku belum bersedia untuk mati.
Aku mengaku aku lemah. Syaitan seringkali mengalahkan diriku dan aku tahu masanya sudah tiba, aku harus berubah semula.
Jahilnya diriku sering tenggelam dalam arus keduaniaan. Walaupun sedikit, aku tetap tenggelam dan Allah tahu itu bukan aku.
Itu bukan liyana yang aku mahu , syaitan yang menghasut aku tapi aku yang kalah dengan diriku.
Salah diriku kerana aku tahu situasi ini akan terjadi tetapi aku tidak mampu.
Ikut kata mak, kau ikut ,kau dengar.
'Humble not arrogance'
Itulah peperangan dalam jasadku ini.
Selagi aku sedar kejahilan itu, aku akan ku cuba untuk berjaya dunia&akhirat.
Sesungguhnya perjuangan ini kerana agama Allah.
Aku tidak akan menyerah kalah. Aku janji.
Comments
Post a Comment