Persoalanku
Menggapai sesuatu impian bukan mudah . Dalam kekalutan dan kesibukkan aku mencari kejayaan, aku ditampar dengan satu peringatan.. "Bila eh aku mati ? Bila dunia ni akan putus dengan jasad&roh aku?" Kata orang , jangan lupa mati . Jangan pernah sesaat pun lupa dalam hari-hari kita. Tapi lumrah sebagai seorang remaja, aku mengaku kita sering terlupa dan kita tak sedar . Mungkin di bulan yang mulia ini Allah memberiku kesedaran sedalam-dalamnya. Aku mula bertanya pada diriku, "Liyana kau dah bersedia nak menghadapi alam seterusnya?" Malam itu juga aku mula merasa gerun setiap kali aku tutup mata untuk tidur. Persoalan-persoalan yang aku tidak mampu jawab mengahantui diriku yang jahil ini . Dugaan harianku mengajar aku untuk mengenal erti berdikari di jalan Allah . Aku mengaku , perkara ini tidak mudah . Alam persekolahan adalah alam yang sangat selamat bagiku . Di saat aku mula menjejak keluar ke dunia luar, aku mula gelisah kerana rakan yang serin...