Persoalanku

Menggapai sesuatu impian bukan mudah .
Dalam kekalutan dan kesibukkan aku mencari kejayaan, aku ditampar dengan satu peringatan..

"Bila eh aku mati ? Bila dunia ni akan putus dengan jasad&roh aku?"


Kata orang , jangan lupa mati . Jangan pernah sesaat pun lupa dalam hari-hari kita. Tapi lumrah sebagai seorang remaja, aku mengaku kita sering terlupa dan kita tak sedar .

Mungkin di bulan yang mulia ini Allah memberiku kesedaran sedalam-dalamnya.
Aku mula bertanya pada diriku, "Liyana kau dah bersedia nak menghadapi alam seterusnya?"

Malam itu juga aku mula merasa gerun setiap kali aku tutup mata untuk tidur. Persoalan-persoalan yang aku tidak mampu jawab mengahantui diriku yang jahil ini .

Dugaan harianku mengajar aku untuk mengenal erti berdikari di jalan Allah .
Aku mengaku , perkara ini tidak mudah .  Alam persekolahan adalah alam yang sangat selamat bagiku . Di saat aku mula menjejak keluar ke dunia luar, aku mula gelisah kerana rakan yang sering mengingati sudah tidak bersamaku . Namun, aku cuba hari demi hari.

Mati. Ya mati . Di saat semua benda yang di dunia kita terputus. Cuba bayangkan dunia ni gelap.
Kita keseorangan di dalam satu tempat dan kita tidak dapat jangkakan apa yang akan terjadi.
Kita tahu kita tidak bersedia namun kita tetap lupa untuk cuba bersedia.

Cukup ka apa yang aku ada sepanjang 18tahun aku hidup untuk tanggung aku di akhirat sana?
Tak. Aku takut. Aku tahu aku tidak mampu.

Cermin-cerminkanlah... bersediakah diri kita ini jikalau minggu depan kita mati ?


Yang benar,
Liyana

Comments

Popular posts from this blog

You.

Sorry

Restart