السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Situasi A ... Pernah terasa berat bila orang ajak berjemaah ? Pernah rasa malas nak jalan pergi surau bila kawan ajak ? hmm.. reality kita hidup di suasana duniawi. Di saat kawan ajak untuk kita berjalan bersama menuju Si Dia , kita sering berkata tidak . Apakah ini takdir yang Allah tentukan buat kita ? atau ini semua hanya sementara? Indahnya hidup ini jika kita sedar orang yang sayangkan kita kerana ingin bersama di syurga. Tetapi tidak , kita nafikan niat dia . Kita tetap dengan pendirikan kita. Adakah ini versi aku yang aku mahukan ? Mungkin ya, mungkin tidak. Apa yang aku lakukan tidak sedikit pun akan bagi manfaat pada dia. Aku akan tetap dengan apa yang aku percaya . Situasi B... Kata orang berdakwah itu bukan mudah. Benar, tambah lagi bila orang yang kita cuba dekati tidak sedikit pun ingin mengerti . Jangan kau mengalah . Perjalanan masih jauh dan mungkin kau tidak akan diberi peluang lagi . Aku ...