Dua persepsi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Situasi A ...
Pernah terasa berat bila orang ajak berjemaah ?
Pernah rasa malas nak jalan pergi surau bila kawan ajak ?
hmm..  reality kita hidup di suasana duniawi.
Di saat kawan ajak untuk kita berjalan bersama menuju Si Dia , kita sering berkata tidak .
Apakah ini takdir yang Allah tentukan buat kita ? atau ini semua hanya sementara?
Indahnya hidup ini jika kita sedar orang yang sayangkan kita kerana ingin bersama di syurga. Tetapi tidak , kita nafikan niat dia . Kita tetap dengan pendirikan kita. Adakah ini versi aku yang aku mahukan ? Mungkin ya, mungkin tidak.
Apa yang aku lakukan tidak sedikit pun akan bagi manfaat pada dia. Aku akan tetap dengan apa yang aku percaya .

Situasi B...
Kata orang berdakwah itu bukan mudah. Benar, tambah lagi bila orang yang kita cuba dekati tidak sedikit pun ingin mengerti . Jangan kau mengalah . Perjalanan masih jauh dan mungkin kau tidak akan diberi peluang lagi .
Aku tahu aku sayangkan dia. Aku tahu aku tidak akan dapat mengubahnya kerana itu semua kehendak-Nya.
Tetapi aku percaya,jika dia tidak mahu berjalan bersama aku ke syurga, at least aku cuba.
Tabahkan hati kerana kau akan sering terasa. Biar sakit ini menjadi pengubat untukmu ke syurga. Bersangka baik wahai hati , ini cabaran kau ke syurga.
Mungkin dia tidak sedar sekarang, tapi jika aku tidak berputus-asa , suatu hari insyaAllah dia akan sedar.

Konkulusi...
Pilih situasi anda. Zaman kini kita sering bertelagah & berpecah kerana kurang persafahaman antara satu sama lain .
Kita kian terpengaruh dengan budaya hal sendiri tanggung sendiri.

Di mana semangat ummah yang dulunya teguh dan digeruni musuh ?
 
 
Oleh ,
Liyana 

Comments

Popular posts from this blog

You.

Sorry

Restart