Posts

Showing posts from October, 2014

Kesempurnaan

Di mata orang , kau begitu sempurna . Hanya kau dan Dia tahu bertapa kosongnya diri kau. Apabila kau berusaha ke arah kesempurnaan,kesempurnaan iman, banyak halangan yang akan kau hadapi. Rohani kau goyah sebab setiap saat syaitan menghasut kau. Orang nampak senang sedangkan roh dalam jasad kau sakit setiap kali kau cuba. Ada kala kau berjaya , ada kalanya kau tidak. Tetapi kau cuba dan cuba. Di mata orang, kau begitu mulia . Hanya hati ini tahu setiap pujian itu menduga. Kau tahu setiap pujian memberi kepuasan, kepuasan dunia . Tapi kau tahu juga, pujian itu menyebabkan kau riak. Bukan dengan orang tetapi dengan diri sendiri. Ada kalanya kau buntu nak hadapi perasaan itu kerana bukan kau yang hendak, tetapi syaitanirojim punya kerja. Orang fikir kau senang, orang fikir kau tahu segalanya. Tapi realitinya kau seorang tahu bertapa peritnya. Mungkin ini kerana dosa lampau. Mungkin ini kerana salah kau yang dahulu. Oleh itu, kau redha. Kau teruskan perjuangan ini. Oleh...

Jika ini benar

Image
Jika ini benar, adakah kita bersedia dengan amalan yg sedia ada? Adakah kita bersedia untuk menghadapi perhitungan amalan di depan si Dia? Adakah kita layak untuk masuk ke syurga? Mungkin di mata kita ini semua nampak remeh sebab kita sedang sedap dibuai nikmat dunia. Andai esok kita dicabut nyawa, adakah kita mampu untuk menghadapinya? Aku jahil di mata Allah dan aku tidak kuat untuk menghadapi alam selepas ini. Jadi ini nasihat untuk aku sekali. Allah menunggu taubat hambaNya tetapi banyaknya menunggu masa yang 'sesuai'. Jika masa itu tidak datang, jadi adakah kita telah terlepas pandang yang masa itu bukan kita yang empunya? Hari-hari kita dipenuhi dengan Dunia dan Akhirat kita letak jauh tersadai di sana. Mungkin masa belum tiba untuk kita terbuka hati, tapi tak ke pula kita usaha untuk mencari? Yang benar, Liyana

Penjaga zoo

Niat asal aku nak kerja di zoo. Bunyinya mungkin sedikit kelakar tetapi hakikatnya aku cintakan makhluk-makhluk Allah di sana. Terdapat satu perasaan di sudut jiwa ku yang sangat tenang apabila dikelilingi haiwan (mammals ye bukan reptiles lah haha). Tetapi selepas 18 tahun hidup kini aku berjuang di medan ilmu dalam bidang accounting. To be more specific, career aku tidak berhenti di situ,aku ingin ceburi bidang bisnes yang memerlukan ilmu ini. Aku tahu hala tuju dan niat aku tapi career sebenar aku masih dalam proses buffering kerana aku belum tetapkan lagi. Bukan aku lakukan ini maksudnya aku melawan arus 'passion' aku ,aku ada minat dalam bidang ini kerana ikut nasihat orang tua dan diri, aku tahu passion aku xmampu mencapai matlamat hidup aku yg complex aku dan Dia sahaja faham. Jadi, hari demi hari aku usaha untuk lakukan yang sebaik-baiknya. Aku tahu aku belum bersedia untuk mati tapi jika Allah ambil nyawa aku sebelum aku sempat habiskan perjuangan aku, aku harap ...

Berubah...

Image

Finals kau datang lagi

Lusa kau datang, tiba masnya untuk aku berjuang. Sem ini tamat dan banyak benda yg memberi pengajaran. Bukan senang dan bukan susah tetapi cuma penat lah . Tapi ini apa orang panggil dunia. Di sini kita susah ,kemudian hari kita senang. Aku belajar sehabis daya sampai ada kala tidak bermaya. Aku hanya mampu untuk lena. Dia tahu aku penat tetapi Dia tahu aku mampu. Aku teruskan mengorak langkah tanpa henti kerana aku percaya Dia ingin aku sampaikan cita-citaku. Jangan berputus-asa, kau dah nak sampai hujung liyana. Ubat hati dengan Dia kerana dia sentiasa ada. Kini aku berazam dan terus berazam bahawa aku tidak akan berputus-asa selagi jasad aku masih bernyawa. Yang benar, Liyana Azizul