Penjaga zoo
Niat asal aku nak kerja di zoo.
Bunyinya mungkin sedikit kelakar tetapi hakikatnya aku cintakan makhluk-makhluk Allah di sana.
Terdapat satu perasaan di sudut jiwa ku yang sangat tenang apabila dikelilingi haiwan (mammals ye bukan reptiles lah haha).
Tetapi selepas 18 tahun hidup kini aku berjuang di medan ilmu dalam bidang accounting. To be more specific, career aku tidak berhenti di situ,aku ingin ceburi bidang bisnes yang memerlukan ilmu ini.
Aku tahu hala tuju dan niat aku tapi career sebenar aku masih dalam proses buffering kerana aku belum tetapkan lagi.
Bukan aku lakukan ini maksudnya aku melawan arus 'passion' aku ,aku ada minat dalam bidang ini kerana ikut nasihat orang tua dan diri, aku tahu passion aku xmampu mencapai matlamat hidup aku yg complex aku dan Dia sahaja faham.
Jadi, hari demi hari aku usaha untuk lakukan yang sebaik-baiknya. Aku tahu aku belum bersedia untuk mati tapi jika Allah ambil nyawa aku sebelum aku sempat habiskan perjuangan aku, aku harap ada yang akan teruskan.
Kembali kepada pucuk pangkal cerita, aku mungkin tidak dpt merealisasikan impian aku menjadi zookeeper, aku harap sangat satu hari aku berpeluang menjelajah negara luar untuk lihat haiwan di sekeliling dunia.
Melihat keajaiban makhluk yang Allah ciptakan.
Setiap makhluk haiwan yang mungkin pada kita mereka tiada perasaan, sebenarnya mereka ada hati.
Setiap makhluk yg Allah ciptakan ada wave/aura.
Aku pernah ada sepasang hamster dan seekor rabbit yang semuanya sudah mati kerana tua.
Sepasang hamster yg dinamakan nino&kooky.
Nino mengajar aku bahawa walaupun dia seekor tikus kata orang, dia tahu menjaga anaknya.
Kooky pula mengajar aku erti tidak berputus asa dalm kehidupan.
Kalian mungkin rasa kelakar kerana mereka hanya sepasang hamster.
Tidak mengapa,kita teruskan dengan rabbit peliharaanku..
Nama diberi smurfy. Dia menjadi teman aku semasa harijadiku ke-15 (Hari di mana pertama kalinya ayahku restu untuk membeli pet yg berbulu,tidak suka katanya,rimas)
Bulunya putih,gebu dan sering aku sikat setiap hujung minggu.
Dulunya masa kecil comel aku bela di dalam rumah.
Dah besar sedikit aku baru tahu dia kurang upaya kerana dia menghidap penyakit 'flappyfoot' di mana dia tidak boleh lompat seperti arnab biasa. Dia lompat seperti org berenang kuak-dada. Tahu? Tak tahu, tak mengapa, buat-buat tahu.
Smurfy mengajar aku setia.
Walaupun selepas setahun aku terpaksa berhijrah ke sekolah asrama, dia tidak pernah lupakan aku. Setiap kali aku pulang dia akan layan aku seperti biasa walaupun 2 bulan sekali.
Selalunya aku akan tidurkan dia dlm dakapan aku seperti org buat pada bayi. Dia akan tidur sambil aku menyikat bulunya.
Selepas spm,2 bulan aku melayannya di rumah kalau tidak,ibuku.
Namun, selepas 2 bulan aku berhijrah pula ke melaka utk teruskan perjuangan ilmu aku.
Tapi... 2hari sebelum penghijrahan jauh aku itu, dia meninggalkan aku buat selamanya.
Ikut kata mak, dia pergi kerana dia xsanggup aku tiggalkan dia lagi.
Mungkin ini karut tapi realitinya 2hari sebelum itu aku ada 'berkata' padanya, "smurfy, aku akan pergi sekali lagi,kali ini lebih jauh ke selatan. Jgn lupakan aku ya"
Itulah mesej aku terakhir dan rupa-rupanya dia yang pergi tinggalkan aku dahulu.
4tahun dia temankan aku. Walaupun dia hanya seekor rabbit berbulu gebu, aku tahu dia faham aku dan kerenah aku yang tidak menentu.
Ya, mungkin ini semua sekadar metafora aku tapi semua ini benar terjadi.
Inilah di sebalik cerita aku yg dulunya asal mahu kerja di zoo.
Yang benar,
Liyana
Comments
Post a Comment