Kidal part-time masuk degree!
Alhamdulillah. Kisah sehari sebelum pulang ke tempat aku menimba ilmu. Tercetus hasrat tentang seorang yang kidal partime. Aku boleh digelar pelik kerana aku kidal hanya dalam berapa perkara. Contohnya,jam yang biasanya dipakai tangan kiri,aku pakai tangan kanan. Kedua, ingat tak masa kita sekolah rendah dulu ada yang biasa belajar main recorder? Kalau ikutkan tangan kiri di atas bukan? Ye,aku tangan kanan di atas.tapi bila aku belajar main clarinet terpaksalah memaksa diri aku belajar tangan kiri di atas. kalau tak,kena main custom-made clarinet la gitu🙈(banyak la duit kau) Em apa lagi ya? Oh ya, kalau main skateboard biasanya kaki kanan depan.aku pula kiri di depan. Selalu aku tertanya kenapa aku macam tu. Ada ja benda tertentu aku nak memilih untuk jadii luar biasa. Pelik sungguh hamba Allah ini. Ya,aku lah si kidal part-time. Esok aku akan pulang semula. Jadi tiba la masa aku mula dengan niat dan azam baru. Foundation banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar...