Kidal part-time masuk degree!
Alhamdulillah.
Kisah sehari sebelum pulang ke tempat aku menimba ilmu.
Tercetus hasrat tentang seorang yang kidal partime.
Aku boleh digelar pelik kerana aku kidal hanya dalam berapa perkara.
Contohnya,jam yang biasanya dipakai tangan kiri,aku pakai tangan kanan.
Kedua, ingat tak masa kita sekolah rendah dulu ada yang biasa belajar main recorder? Kalau ikutkan tangan kiri di atas bukan? Ye,aku tangan kanan di atas.tapi bila aku belajar main clarinet terpaksalah memaksa diri aku belajar tangan kiri di atas. kalau tak,kena main custom-made clarinet la gitu🙈(banyak la duit kau)
Em apa lagi ya? Oh ya, kalau main skateboard biasanya kaki kanan depan.aku pula kiri di depan.
Selalu aku tertanya kenapa aku macam tu. Ada ja benda tertentu aku nak memilih untuk jadii luar biasa. Pelik sungguh hamba Allah ini.
Ya,aku lah si kidal part-time.
Esok aku akan pulang semula. Jadi tiba la masa aku mula dengan niat dan azam baru.
Foundation banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar selepas alam persekolahan.kau fikir seronok sebab bebas? Hm. Tak jugak. Banyak kau kena touch-up dengan diri kau.sebab di saat kau jejak keluar sekolah,kau dah masuk alam pertaruhan dengan iman kau.
Kau fikir senang nak maintain iman kau yang goyah tu ?iman kita ni diibarat habuk je. Angin datang dia terbang jap. Perginya angin,dia settle down balik tapi entah ke mana tempat dia.
Jadi,asasi banyak ajar aku untuk cuba kekalkan perubahan yang aku usaha dulu. Tak mudah tapi tak susah. Cuma kena kuat dengan diri aku dan aku kena cari kawan yang boleh tolong . Jangan confident boleh sorang-sorang maintain sebab hidup ni kita kena berjemaah jugak bukan? Kalau tak,syaitanirojim tu ada ja helah dia nak buat untuk hasut kita.
Seterusnya, aku juga belajar erti hidup untuk orang lain. Hidup untuk diri sendiri semata-mata tak bawak ke mana pun. Kau asyik fikir kepentingan setiap tindakan tu untuk diri kau. Lepas tu,kau akan rasa puas. Setakat tu je kepuasan kau ?
Kalau kau fikirkan orang lain, kau akan rasa satu perasaan happy yang hanya segelintir orang rasa. Apakah rasa itu? Rasa memberi.
Selain itu, orang zaman sekarang semua nak kecap kebahagiaan bukan? Adakah kebahagiaan itu untuk selamanya atau dunia ja?
Penat.ya siapa tak penat bukan?
Aku pun penat jugak kalau dah banyak sangat benda aku buat dalam sehari.jadi aku rehat.
Tapi bila difikirkan balik,baru usaha setakat ini dah penat? Syurga pun kau belum tentu layak kau nak rehat?
Jadi aku teruskan lagi (tapi janganlah sampai memudaratkan diri ye).
Aku sering ingatkan diri aku "sini kau penat,nanti akhirat kau rehatlah sepuasnya."
Some people rasa susah sangat nak memberi. Hmm sebenarnya, memberi itu sangat mudah cuma perlukan sedikit usaha.
Paling mudah,boleh mula dengan keluarga sendiri especially org tua kita.
Cuba sekali kita menghargai usaha mereka melayan dan membesarkan kita yang dah besar panjang ni.
Anak muda zaman skrg(termasuk aku of course) mudah lalai dgn jasa yg telah dicurahkan orang tua kita.
Mula-mula mungkin timbul rasa segan nak memberi tapi tak salah mencuba bukan? Bagi dalam bentuk masa,tenaga atau apa2 benda kreatif yg anda boleh fikir untuk mudahkan mereka.
Hmm banyak pulak celoteh aku kali ni. Jadi itulah yang ada dalam otak aku sekarang. Barang dah siap di-pack . Tinggal nak masuk alam roh aku seketika untuk bersiap sedia perjalanan aku esok.
Doakan aku sahabat.
Semoga Allah memudahkan urusan kita di dunia dan di sana. Amin..
Yang benar,
Liyana :)
Comments
Post a Comment