Posts

Showing posts from September, 2014

Tabah

Apabila setiap saat yang kau harungi menduga hati kau. Kau tahu kau lemah tapi kau tetap tidak mahu kalah. Aku terfikir untuk menyerah buat seketika . Namun di saat itu jua aku kenal erti kesabaran. Allah hadirkan engkau untuk menguji aku sebagaimana Allah hadirkan aku untuk mengujimu. Aku tidak mahu kalah. Jadi aku berusaha untuk terus mengorak langkah. Matlamat aku masih jauh untuk digapai. Proses ke sana pun masih aku tergapai-gapai. Allah tahu aku boleh sebab itu Dia jadikan semua ini. Walaupun Dia tahu aku tengah pedih, Dia tahu aku perlukan ini. Tutup mata dan terus berlari. Berhenti sedih, jangan lagi beralih. Teruskan langkahmu hingga ke hujung sana wahai diri. Yang benar, Liyana

Puisi buatan

Aku sering lari dari realiti, kerana aku inginkan ketenagan. Aku sering lari dari drama, walaupun ia tidak disengajakan. Aku pilih untuk kuat, walaupun masa itu aku tidak mampu untuk lihat. Orang nampak aku ceria tapi Allah sahaja yang tahu. Aku tutup pintu hati demi mencari illahi. Dia berikan aku harapan,  Untuk terus maju ke hadapan. Aku cuba lari dari masalah, tetapi aku tetap kalah. Jadi aku mula cari penyelesaian kepada semua persoalan. Kawan datang dan pergi, Ada yang selalu di tepi tetapi banyaknya lalu dan pergi, Aku merelakan diri untuk hidup seorang diri. Tapi di dalam hati ada yang senantiasa di sisi, Walaupun jauh dari mata , dekat di hati. Aku pegang dia dalam doa, Kerana aku percaya, Jika dia yang Dia takdirkan buatku, Aku tahu aku tidak rugi menunggu. Merintis hari-hariku dengan dugaan, Aku pergi jauh mara ke hadapan, Ada yang kata aku tidak boleh diberhentikan, Hanya kepada Allah aku harapkan. Yang benar, Liyana :)

Di sebalik senyuman

Orang kata aku bahagia, aku ucap Alhamdulillah. Kadang-kadang pedih ceritaku ,ku simpan sampai aku tidak rasa apa-apa. Ada kalanya sampai aku terlupa ada benda yang tidak kena. Perjalanan aku ke syurga ini tidak semudah orang lain rasa. Sedih dan risau aku simpan sampai aku terbiasa untuk diam. Aku bersyukur Allah hadirkan insan-insan yang menyokong aku dari belakang setiap kali aku jatuh. Walaupun yang paling dekat dengan aku sendiri yang ingin jatuhkan aku. Aku sabar.  Aku  ubat hati dengan bersangka baik kerana dia mengajar aku untuk bersyukur dengan kehidupan yang aku ada. Aku faham hidup ini seperti roda. Ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Aku seringkali diuji dengan kejatuhan. Walaupun itu kali ke sepuluh,aku tetap bangkit semula. Bukan mudah nak membahagiakan diri sendiri apabila aku tahu ada sesuatu yang harus kau lakukan. Ya, setiap kali aku pulang. Setiap kali aku pulang. Cerita yang didefinisikan kiasan buatmu. Yang benar, Liyana

Rephrase

Everyone you met in life have something to teach you. Even the nearest ones too. Life here in dunya is just temporary. Everything that is alive now will die. Our mindset plays an important role in life. It defines what perspective you see in life. For example, your problems. Some people may bring you pain while some may bring you joy & happiness. There are people I met in life are the answers to my prayers. I thank Allah for their presence. There are also people who came into my life and taught me about strength. They taught me more about sabr or in other words, patience. "We cant please everybody but we must please Allah" We tend to worry what others think rather what Allah thinks. This is where all the insecurities comes. Rephrase your intention love. We live for the life in HereAfter. Sincerely, Liyana :)