Di sebalik senyuman
Orang kata aku bahagia, aku ucap Alhamdulillah.
Kadang-kadang pedih ceritaku ,ku simpan sampai aku tidak rasa apa-apa.
Ada kalanya sampai aku terlupa ada benda yang tidak kena.
Perjalanan aku ke syurga ini tidak semudah orang lain rasa.
Sedih dan risau aku simpan sampai aku terbiasa untuk diam.
Aku bersyukur Allah hadirkan insan-insan yang menyokong aku dari belakang setiap kali aku jatuh. Walaupun yang paling dekat dengan aku sendiri yang ingin jatuhkan aku.
Aku sabar. Aku ubat hati dengan bersangka baik kerana dia mengajar aku untuk bersyukur dengan kehidupan yang aku ada.
Aku faham hidup ini seperti roda. Ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah.
Aku seringkali diuji dengan kejatuhan. Walaupun itu kali ke sepuluh,aku tetap bangkit semula.
Bukan mudah nak membahagiakan diri sendiri apabila aku tahu ada sesuatu yang harus kau lakukan.
Ya, setiap kali aku pulang. Setiap kali aku pulang.
Cerita yang didefinisikan kiasan buatmu.
Yang benar,
Liyana
Comments
Post a Comment