Puisi buatan
Aku sering lari dari realiti, kerana aku inginkan ketenagan.
Aku sering lari dari drama, walaupun ia tidak disengajakan.
Aku pilih untuk kuat, walaupun masa itu aku tidak mampu untuk lihat.
Orang nampak aku ceria tapi Allah sahaja yang tahu.
Aku tutup pintu hati demi mencari illahi.
Dia berikan aku harapan,
Untuk terus maju ke hadapan.
Aku cuba lari dari masalah, tetapi aku tetap kalah.
Jadi aku mula cari penyelesaian
kepada semua persoalan.
Kawan datang dan pergi,
Ada yang selalu di tepi tetapi banyaknya lalu dan pergi,
Aku merelakan diri untuk hidup seorang diri.
Tapi di dalam hati ada yang senantiasa di sisi,
Walaupun jauh dari mata , dekat di hati.
Aku pegang dia dalam doa,
Kerana aku percaya,
Jika dia yang Dia takdirkan buatku,
Aku tahu aku tidak rugi menunggu.
Merintis hari-hariku dengan dugaan,
Aku pergi jauh mara ke hadapan,
Ada yang kata aku tidak boleh diberhentikan,
Hanya kepada Allah aku harapkan.
Yang benar,
Liyana :)
Comments
Post a Comment