Tabah

Apabila setiap saat yang kau harungi menduga hati kau.
Kau tahu kau lemah tapi kau tetap tidak mahu kalah.
Aku terfikir untuk menyerah buat seketika . Namun di saat itu jua aku kenal erti kesabaran.
Allah hadirkan engkau untuk menguji aku sebagaimana Allah hadirkan aku untuk mengujimu.
Aku tidak mahu kalah. Jadi aku berusaha untuk terus mengorak langkah.
Matlamat aku masih jauh untuk digapai. Proses ke sana pun masih aku tergapai-gapai.
Allah tahu aku boleh sebab itu Dia jadikan semua ini.
Walaupun Dia tahu aku tengah pedih, Dia tahu aku perlukan ini.

Tutup mata dan terus berlari.
Berhenti sedih, jangan lagi beralih.
Teruskan langkahmu hingga ke hujung sana wahai diri.

Yang benar,
Liyana

Comments

Popular posts from this blog

You.

Sorry

Restart