Susah
Susah, ya betul, susah.
Sem ni susah sebab aku memang bukan budak suka buat research.
Ya memang sem kali ini aku dah mula resah walaupun baru 4 minggu.
Terfikir kan nasib aku kalau tak dapat lepas english sem ni .
Di mata orang aku sembunyikan penafian aku .
Deep down, hati aku hancur dan terus merintis kesedihan yang mengatakan aku tidak mampu.
Bila aku menelefon bonda aku, aku tahu dia tidak mahu aku resah, bondaku tidak mahu aku kalah dalam medan ini.
Aku pilih medan ini atas niat aku kerana Si Dia.
Dengan itu, aku tidak mahu mengalah.
Yang Benar,
Liyana
Comments
Post a Comment