Posts

Showing posts from 2015

Penghabisan

7 hari sahaja tinggal dan finals akan tiba. Sekali lagi... Hidup aku penuh dengan exam. Selang 3bulan sahaja,finals. Inilah hidup seorang pelajar yang pilih fast-track.  Orang lain cuti 3 bulan. Aku cuti 3 minggu.  Ini dah masuk tahun keempat aku ulang-alik negeri orang. 2tahun ulang-alik Taiping. 2tahun ulang-alik Melaka. Negeri yang aku pilih makin jauh.. InsyaAllah jika aku cemerlang, dalam masa 5 bulan aku akan terbang laaaaaaagi jauh. (Doakan semua dipermudahkan). Jika ditanya, sem kali ini aku banyak belajar erti kawan dan tidak berputus-asa. Seperti biasa, aku penuh dengan persoalan tentang kehidupan. Dugaan aku kebanyakannya mencabar hati aku sendiri. Tak berperang dengan orang pun,cuma diri sendiri. Ada masa tu boleh jadi sangat pedih yang aku hanya mampu diam dan menangis. Ada orang kata menangis tu tanda lemah,ada juga di sebaliknya. Tapi tidak mengapa. Cuba bayang, bila kau tengah sedih,kau menangis.. Ada satu masa or level tu kau akan rasa lega, puas dan penat. Bu...

Everything

Sekarang aku sedang cuti sem-break. Aku dah tamatkan first-trimester degree aku. Jika kau pinta aku ceritakan pengajaran yang aku belajar,hanya satu aku mampu tegaskan. "Tabah. Hidup mungkin susah bila realiti hentam kau." Orang cakap Tuhan ada. Ya, betul Tuhan ada. Tetapi sejauh mana kau percaya Tuhan ada? Sejauh mana kau bergantung pada Tuhan? Adakah di saat susah sahaja kau cari Dia? Orang akan persoalkan tindakan dan perkataan kita. Orang akan sentiasa mencari kecacatan dalam diri kita. Orang akan sentiasa menilai kita tanpa sebarang bukti. Orang akan sentiasa mencari bahan untuk dibual. Jadi, Kau fikir hidup ini senang? Kau fikir dunia ni indah dengan barang-barang yang kau dapat? Kau fikir penghijarahan itu sesuatu yang mudah? Kau fikir mati tu lambat lagi? Tanya diri sendiri, adakah Tuhan pandang aku lebih bagus dari Dia pandang orang lain? Kita sibuk mencari kelemahan orang untuk membanggakan diri. Adakah sekadar pujian dan penghormatan orang itu...

Celoteh di petang hari

Pejam Celik Pejam Celik. Cak! Dah nak masuk tiga bulan aku degree. Tapi diri macam budak sekolah lagi. (biarkan budak ni) Melihat tempat aku sekarang dengan bucketlist aku yang penuh lagi, hati aku terpendam rasa ingin terbang. Dari kecil aku nak sangat terbang jauh meninjau negara orang. Mengikut kata Mak abah, Belajar pandai-pendai , pergi sendiri dengan duit sendiri dengan pengalaman mengenal diri sendiri Dulu masa SPM berangan nak terbang seawal mungkin. Tapi ketetapan Allah yang Maha Mengetahui ,postpone sikit keiinginan aku itu. Jadi ,insyaAllah tahun depan. Walaupun begitu, ia bersyarat. aku tidak boleh putus usaha dari sekarang. Kalau tak, CGPA tak lepas, tak terbang jugak ceritanya. Kiranya aku hanya mampu berusaha dan berdoa dari sekarang agar semua dimudahkan. *doakan saya sekali ye awak! Dari masa ke masa aku lihat perkembangan diri dan rakan-rakan di sekelilingku. Banyak perubahan sebenarnya . Walaupun masing-masing berlainan arus dan tempat, hati tetap s...

Kidal part-time masuk degree!

Image
Alhamdulillah. Kisah sehari sebelum pulang ke tempat aku menimba ilmu. Tercetus hasrat tentang seorang yang kidal partime. Aku boleh digelar pelik kerana aku kidal hanya dalam berapa perkara. Contohnya,jam yang biasanya dipakai tangan kiri,aku pakai tangan kanan. Kedua, ingat tak masa kita sekolah rendah dulu ada yang biasa belajar main recorder? Kalau ikutkan tangan kiri di atas bukan? Ye,aku tangan kanan di atas.tapi bila aku belajar main clarinet terpaksalah memaksa diri aku belajar tangan kiri di atas. kalau tak,kena main custom-made clarinet la gitu🙈(banyak la duit kau) Em apa lagi ya? Oh ya, kalau main skateboard biasanya kaki kanan depan.aku pula kiri di depan. Selalu aku tertanya kenapa aku macam tu. Ada ja benda tertentu aku nak memilih untuk jadii luar biasa. Pelik sungguh hamba Allah ini. Ya,aku lah si kidal part-time. Esok aku akan pulang semula. Jadi tiba la masa aku mula dengan niat dan azam baru. Foundation banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar...

Cooking oh masak

I wanted to start cooking because I want to be independent and able to survive on my own. But from time to time, the intention altered because I felt happy when I cook for my family. At first I admit, it tasted bad. Overly cooked,too salty or just tasteless you name it. After practice and practice I managed to perfect a few of my favourite dishes. Thos e dishes are not western but its 'masakan kampung'. And I prefer traditional food because its unique. Masakan kampung can be hard because you had to start from scratch. For example, cooking curry is not that easy at the beginning because I had to know what needs to be blend and what needs to be the starter (tumis). So i practiced it trillion of times and i managed to purrrrfect it!yay alhamdulillah. That is one the art in cooking. And like what mak said "In cooking,theres no right or wrong" Isnt that just amazing? 😄 Another joy of cooking is when I cook lunch or dinner for my family. I always look...