Penghabisan

7 hari sahaja tinggal dan finals akan tiba.
Sekali lagi...
Hidup aku penuh dengan exam. Selang 3bulan sahaja,finals.
Inilah hidup seorang pelajar yang pilih fast-track. 
Orang lain cuti 3 bulan.Aku cuti 3 minggu. 

Ini dah masuk tahun keempat aku ulang-alik negeri orang.
2tahun ulang-alik Taiping.
2tahun ulang-alik Melaka.
Negeri yang aku pilih makin jauh..

InsyaAllah jika aku cemerlang, dalam masa 5 bulan aku akan terbang laaaaaaagi jauh.
(Doakan semua dipermudahkan).
Jika ditanya, sem kali ini aku banyak belajar erti kawan dan tidak berputus-asa.

Seperti biasa, aku penuh dengan persoalan tentang kehidupan.
Dugaan aku kebanyakannya mencabar hati aku sendiri.
Tak berperang dengan orang pun,cuma diri sendiri.
Ada masa tu boleh jadi sangat pedih yang aku hanya mampu diam dan menangis.
Ada orang kata menangis tu tanda lemah,ada juga di sebaliknya.
Tapi tidak mengapa. Cuba bayang, bila kau tengah sedih,kau menangis..
Ada satu masa or level tu kau akan rasa lega, puas dan penat.
Bukan penat mengeluarkan air mata tapi penat menahan.
Secara tiba-tiba kau akan dapat satu semangat yang membuatkan kau rasa, eh tak payah buang masa. Teruskan je, sikit lagi ;) 

Di saat aku rasa semua benda berterabur, aku teringat satu benda.
"Eh Tuhan cipta kau takkan macam ni je kau nak hidup?"
Meng-deep kan diri sendiri seperti biasa haha.
Bila dah deep tu, aku pun teruskan je lah perjalanan aku.
Nak fikirkan course ni aku tak serasi dgn diri, boleh la(nak je buat engineering balik haha).
Tapi aku teruskan jugak sebab cita-cita aku jauh lagi dan aku percaya ada sebab jugak kenapa aku ambil dan kenapa aku dekat mana aku sekarang.
Mungkin aku tak bercita-cita tinggi seperti aku di Taiping, mungkin sebab penat paksa diri.
Tetapi... Sokongan dan doa Mak Abah yang tak pernah putus mungkin membuatkan aku rasa untuk tidak pernah berputus asa.

Banyak orang aku jumpa dalam hidup ini dan banyak benda aku belajar.
Berhijrah dari negeri ke negeri.
Banyak jenis orang aku belajar. Dan lebih penting, banyak benda aku belajar pasal diri aku.
Tukar suasana selang 2 tahun. Proses adaptasi boleh dikatakan okay sahaja sebab aku suka cuba benda baru. Tapi proses perubahan banyak berlaku. Mungkin dari segi emosi dan mentaliti aku.
Suasana baru, pengajaran baru, orang baru tapi aku tetap aku. Liyana.
Budak yang penuh dengan persoalan kehidupan(bak kata mak).

Yang benar,
Liyana:)

Comments

Popular posts from this blog

You.

Sorry

Restart