Celoteh di petang hari

Pejam Celik Pejam Celik. Cak!
Dah nak masuk tiga bulan aku degree.
Tapi diri macam budak sekolah lagi. (biarkan budak ni)

Melihat tempat aku sekarang dengan bucketlist aku yang penuh lagi,
hati aku terpendam rasa ingin terbang.
Dari kecil aku nak sangat terbang jauh meninjau negara orang.
Mengikut kata Mak abah,
Belajar pandai-pendai , pergi sendiri dengan duit sendiri dengan pengalaman mengenal diri sendiri
Dulu masa SPM berangan nak terbang seawal mungkin. Tapi ketetapan Allah yang Maha Mengetahui ,postpone sikit keiinginan aku itu. Jadi ,insyaAllah tahun depan.
Walaupun begitu, ia bersyarat. aku tidak boleh putus usaha dari sekarang.
Kalau tak, CGPA tak lepas, tak terbang jugak ceritanya.
Kiranya aku hanya mampu berusaha dan berdoa dari sekarang agar semua dimudahkan.
*doakan saya sekali ye awak!

Dari masa ke masa aku lihat perkembangan diri dan rakan-rakan di sekelilingku.
Banyak perubahan sebenarnya .
Walaupun masing-masing berlainan arus dan tempat, hati tetap satu.

Aku sekarang di Melaka,bandar bersejarah la katakan.
Tapi aku sendiri tak berjalan sakan lagi *facepalm*
nanti masa nak habis first year aku jalan-jalan la ye. Mungkin masa tu hati dah tenang sikit sebab dah habis pulun nk capai kelayakan untuk terbang nanti.


Tapi sekarang, aku ada cerita nak kongsi.
Tau tak, aku banyak belajar erti matang dan menghargai.

Okay matang.
bukan dari segi muka (memang nampak tua ada kalanya ,lupakan) tapi dari segi tindakan dan pemikiran aku. Aku mengaku aku jenis 'overthinker' sikit.
When its me with my thoughts , I speak too fast. So many things at once.
Tapi bagi aku itu satu 'super power'. haha okay kembali ke pangkal cerita.

Tindakan dan pemikiran kita (mcm budak physiocology pulak kan) akan banyak memberi impak kepada hidup kita.
Kalau kau pilih untuk negatif sentiasa dalam 2 perkara itu, makan negatiflah hari kau.
Mudah bukan ?
Kadang-kadang it may not be our 'lucky day'. Sabar, tunggu dan fikir dulu.
Jangan terburu-buru buat tindakan yang tidak berlandaskan pemikiran .

Wahh macam pakar motivasi dah.

Kedua, menghargai.
Kehadiran orang di sekeliling kita,pernah kita nilai erti keikhlasan mereka?
Yang selalu ada di sisi walaupun kita selalu tolak mereka ke tepi.
Sebelum kita kehilangan insan-insan ini, hargai lah mereka seadanya.
Letak ego ketepi, tengok dengan mata hati.

Begitulah celotehku di petang hari ini.
Hujan derai-derai membasahi bangunan yang ku diami ini.

Aku membesar dalam universiti tetapi aku ditakdirkan masuk ke college/university yang masih dalam fasa baru/foundnation.
Dugaannya lain pula di sini tetapi itulah cabaran yang aku terima.

Semuanya Demi-Mu.


Yang Benar,
Liyana Azizul


Comments

Popular posts from this blog

You.

Sorry

Restart