Soal 'judge'

  
Zaman sekarang memang kita tak pernah lari dari isu 'being judged'. 
Asalnya perkara ni 'sepatutnya' mendatangkan kebaikan tapi sedihnya bukan itu yang menjadi kan?
Lagi orang duk judge lagi kita duk hangat (marah/terasa/apa2 yg sesuai). 
Sebenarnya, sesetengah orang memberi pendapat bukan atas dasar nak menghukum tapi nak membantu.

Sekarang ni majoritinya kalau dinasihat/dipesan mesti terasa & mungkin ada kalanya yang mengurutu dalam hati macam ....

"Apa dia ni. Cakap lebih."
"Ni hidup aku biar la"
"Apahal dia nak betulkan aku"
"Amboi dia ingat dia ustaz/ustazah ka?"

Ni semua yang commonly orang akan terasa kan?
Tetapi yang paling mendatangkan masalah bila "alah, dia cakap tapi dia tak buat pun".
Saya tak maksudkan yang perkara ni salah . 
Sebab bagi saya sebaik-baik nasihat adalah nasihat benda yang kita buat. Cara ni sebenarnya lebih efektif. Secara tak langsung juga insyaAllah kita akan timbul semangat nak improvekan diri.

Ada kata-kata saya terbaca baru-baru ni yang buka mata saya lebih luas...
"Menunjukkan contoh sebelum menyeru ." - Hilal Isyraf, 'Fanzuru'

Kata-kata tu jadi pembakar semangat buat diriku yang masih lemah .
Dan bila saya lihat kembali sewaktu saya di sekolah menjadi pengawas(hohoho bajet kan), benda ni sangat bagi kesan dekat diri sendiri.
Bila kita pegang satu amanah, secara tak langsung kita akan 'di-spy' aceyy, dalam kata skemanya, menjadi contoh . 
Orang akan tengok apa kita buat dan sebagainya. Kadang-kadang dengan perbuatan kita sendiri kita boleh berdakwah tanpa perlu bersuara. Magic kan? 
Lihatlah bertapa hebatnya kuasa Allah swt membuka hati kita yang kecil ni. 


Jadi melalui soal 'judge' ,saya tak berani kata tu salah dan tu betul sebab setiap orang akan lihat perkara tu daripada pelbagai aspek dan pandangan.
Semua orang ada hati lain ragam kan?Ada sesetengah orang pandang positif dan ada disebaliknya.
Bagi pihak yang ditegur/dinasihat, kita kena belajar menerima . Lembutkan hati terima nasihat . 
Yang baik kita ambil yang sebaliknya kita jadikan pengajaran. Jangan pulak kita asyik fikir kita betul, tidak juga ya.
'Ego tu kita letak ke tepi, pandang dengan mata hati.'
Macam mana nak improvekan iman kalau hati kita tutup jalan nak dapat hidayah kan?

Lepas tu, ada pulak yang kata "Bukan senang nak terima..." 
Memang tak cakap pun senang nak terima. Tapi see it positively . Mungkin ini cara Allah nak tegur kita mana tau kan? Mungkin jugak Allah dah rindu sangat kat kita. tak terfikir tu semua ? 
Sayangnya Allah , Dia tak pernah tutup pintu untuk kita berdoa. Kita ja yang lupa . 

Bagi yang menegur pula, pilihlah cara yang paaaaaaaling sesuai. Semua orang tak sama. 
Mungkin paling senang, kita kena make sure kita gang dengan dia dulu baru boleh nak tegur.
Kalau kita belajar memahami seseorang kerana Allah swt , insyaAllah lebih mudah. 
Tapi percayalah ,zaman sekarang jarang(sangaaat) nak kata romantic macam tu kan? 
Dalam kata lain, ikhlas berkawan. Kita nak ubah seorang bukan senang. Takat cakap dan marah-marah tak bawa ke mana pun. Kalau kita kenal cara dia, mungkin lebih mudah. 
Kalau kata dia radical,well, kita kena usaha dengan cara yang kena dengan dia.
And takat bergaduh , mengata sini sana, tak menjadi jugak pun. Malah lagi tunggang-langgang motif murni kita yang asal. End up, bergaduh, tak bercakap macam quote "We were once friends but now we're strangers" ;) 

Well its never too late to change something & create something new. 
InsyaAllah setiap kali kita cuba nak lawan kejahilan kita, setiap kali tu iman kita akan mula kenal erti Islam.


Yang benar,
Liyana :)



Comments

Popular posts from this blog

You.

Sorry

Restart